BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 17, 2015

MODUL 1 (a) Nota Cara Ambil Ukuran Baju

Assalamualaikum.
Sebenarnya kelas coaching dah berlangsung sejak 6 minggu lepas.
Tapi ai baru sempat untuk update blog hari ini.

So, nota ini begitu simple.
Memang ai buat untuk yang betul-betul bermula dari zero.
Tidak terlalu teknikal.

Maklumlah, niat ai untuk memastikan mereka betul-betul dapat menjahit bju kurung mereka sendiri.
Basicly, ai tunjuk cara-cara nak tiru baju kegemaran mereka.

Takde nak reka-reka pun. Bukan dapat sijil pun nak reka-reka bagai kan....
Janji dapat buat baju sendiri dan anak-anak sudah.

Faham-faham aje. GST pun nak lancar sebulan lagi. Ingat tailor tak naikkan upah jahit baju ker?
Jadi, sebagai langkah berjimat, jom kira jahit baju kurung sendiri.

Kita Enjoy!!! 
Ini yang dinamakan belajar mengukur dibaju sendiri.
Any komen atau pertanyaan, silakan.

1. Ukur lebar baju 

- ukur bahagian bahu baju yang selesa dipakai.
Note : baju diterbalikkan dulu ya sebelum mengukur.
- cara mudah ambil ukuran bahu, ambil ukuran hujung span bahu kanan ke kiri @
- untuk yang nak ambil ukuran baju lain, ukur di bahagian bawah ketiak kiri jahitan ke bawah ketiak kanan.
- penting untuk ukuran yang tepat, ambil ukuran bermula dari jahitan, bukan dari hujung kain.
- tambah 1/2 inci kiri & kanan utk basi jahitan.
- cth : 15" + (1/2" x 2) = 16"




2. Labuh baju

- ukur dari atas bahu ke bawah baju.
- ada 2 versi cantum bahu & tak cantum bahu.
- versi 1, ai cantum bahu bila potong kain ada corak kaki kain.
- Versi 1 (cantum bahu), tambah 2" kelim dan 1/2" basi jahitan cantum di bahu.
- cth : 37" + 2"+ 1/2" = 39 1/2"
- versi 2, kain corak abstrak atau plain, ai buat x cantum bahu. ( lebih cepat siap).
- versi 2 (x cantum bahu), tambah 2" kelim bawah baju.
- cth : 37" + 2" = 39"



3. Ukuran labuh lengan

- ukur dari bahu ke pergelangan bawah tangan.
- ukur dari jahitan cantuman bahu ke hujung lengan habis. (Tidak termasuk kelim)
- tambah 1/2" basi jahitan cantuman di bahu & 2" kelim bawah lengan.
- cth : 21" + 1/2" + 2" = 23 1/2"



4. Ukuran lebar lengan

- ukur dari atas bahu hingga ke ketiak.
- campur basi jahitan 1/2" kiri & kanan.
- cth : 16" + (1/2" x 2) = 17"



5. Ukuran pesak

- biasanya ukuran atas pesak 2 inci & bawah pesak 3 inci.
- ai guna ukuran ini untuk badan ai, tinggi 155cm, berat 52kg.
- atau bagi badan selim, atas pesak 1.5inci, bawah pesak 2.5inci.
- if suka cutting baju yang dah buat contoh, follow je. ukur dari bahagian jahitan sebelah kekek ke jahitan cantuman badan.
- tambah 1/2" kiri dan kanan.
- rujuk pic.
- ukuran bawah pesak, ukur di bawah baju dari jahitan cantuman badan ke jahitan cantuman tengah pesak.
- tambah 1/2" kiri & kanan.



6. Labuh pesak

- labuh baju - (lebar lengan tanpa basi jahitan / 2)
- cth : 39" - (16"/2) = 31"
- tapi, untuk langkah keselamatan supaya labuh kekal cun, tambah 2" extra.
- cth : 31" + 2" = 33"
- teknik ni untuk pastikan, pesak lebih labuh sedikit dari labuh baju.
- jangan risau, lebihan ini akan dipotong sebelum dikelim.
- ianya juga utk langkah keselamatan, sebab waktu cantuman, jika tak semat sampai hujung, ada kemungkinan makan kain di hujung bawah baju.
- teknik untuk cantuman, diterangkan dlm bab itu ye.

7. Ukur kekek
- ukuran ai guna standard 3 inci.
- if follow baju contoh, ukur je lebar 1 sisi kekek tu.
- kekek kan 4 segi.
- ukur dari jahitan ke jahitan.
- tambah basi 1/2" utk setiap sisi.
- cth : 1/2" + 3" + 1/2" = 4"



Ok, siap ambil ukuran baju.
Siapa kurang faham, sila angkat tangan dan tanya ya.

Salam sayang,
~Ummi Eyesa~

3 comments:

Unknown said...

Terima Kasih Tutorialnya.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.

Unknown said...

Terima kasih Ai..penerangan yg padat..sy dari x faham terus faham..pernah belajar buat baju kurung tapi dah lama tinggal..kira ilmu ini flashback balik..skrg sy dh faham..terima kasih Ai..

Jannah hunter said...

tq ai for sharing good knowledge..u are a great teacher..may Allah pay good deeds for you..ameen..tqvm and hopefully i will use this knowledge to make my own baju kurung..