BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 12, 2008

Baju kurung oh baju kurung...

Salam kepada semua pengunjung blog baju kurung wanita…

Zaman berganti zaman, namun baju kurung masih kekal keasliannya dengan gaya klasik pada zaman moden. Kami pasti anda masih lagi tercari-cari jahitan tradisional seperti sembat baju serta lengan baju sebagai pengemas, jahitan tulang belut dan mata lalat sebagai pengemas leher teluk belanga. Semua jahitan ini mengekalkan keunikan keaslian jahitan tradisional melayu zaman berzaman. Namun, kami masih mengikut arus kemodenan dengan menjahit baju kurung dengan kemasan kun pada baju dan leher serta jahit tindih menggunakan mesen jahit. Sebagai permulaan, kami hanya mempromosikan jahitan untuk baju kurung wanita sahaja, sekiranya terdapat permintaan yang menggalakkan daripada anda, kami akan sediakan untuk anda. Semuanya kami sediakan…Kepuasan anda adalah matlamat kami. Kami yakin, blog ini adalah saluran yang tepat untuk anda membuat pilihan dan tempahan.

Pilih dan tempahlah SEKARANG!!...


Saya baru saja melancarkan blog ni untuk kemudahan semua pengguna internet untuk membuat tempahan baju kurung wanita secara online pula! Sebagai permulaan, saya menerima tempahan untuk baju kurung wanita sahaja. Sekiranya ada permintaan, saya buka tempahan untuk baju melayu pula ya!

Salam manis daripada Puan Ai!

Jenis-jenis tempahan adalah seperti di bawah :

1) Upah baju kurung wanita biasa (dewasa) = RM 30

2) Upah baju kurung wanita biasa ~ piping* (dewasa) = RM 35

3) Upah baju kurung wanita pesak gantung (dewasa) = RM 35

4) Upah baju kurung wanita pesak gantung ~ piping* (dewasa) = RM 40

5) Upah baju kurung wanita sembat* penuh (dewasa) = RM60

6) Upah baju kurung kanak-kanak (bawah 12 tahun) = RM 20

7) Upah baju kurung kanak-kanak ~ piping* (bawah 12 tahun) = RM 25

8) Upah baju kurung kanak-kanak sembat* penuh (bawah 12 tahun) = RM 40

sembat* ~ Jahitan tanpa menggunakan mesin jahit tepi. Semua kemasan hanya menggunakan jahitan tangan.

piping* ~ Kemasan baju menggunakan kun (sila nyatakan warna kun).


~ Kemasan leher menggunakan kemasan 'mata lalat'.



~ Jahitan getah cerut di pinggang

0 comments: