BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

TEMPAHAN UNTUK RAYA 2009 SUDAH DITUTUP!!!

Assalamualaikum...

Semua sahabat, kawan, adik-adik, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik makcik, dato'-dato', datin-datin.... amboi-amboi..lebih-lebih pulak yer... Bukan ape, saja nak maklumkan bahawa:

tempahan jahitan BAJU KURUNG telah pun ditutup dengan rasminya pada hari ini 30 JUNE 2009 bersamaan hari SELASA.

Oleh itu sebarang tempahan untuk raya 2009 sememangnya sudah tidak terima. Kalau terima jugak,alamat memang x dapek lah den nak menolong menyiapkannya sebelum hari raya nanti.

Kalau tempahan untuk dipakai selepas hari raya 2009, saya masih buka seperti biasa. Maksud tempahan selepas hari raya, bukan seminggu lepas raya yer..hihihi...tempahan sebulan selepas raya.... Almaklum ler, raya kan sebulan, so hari2 le dari 1 Syawal sampai 30 Syawal, kalau bukan saya bertandang ke rumah saudara mara @ kawan2, saudara mara @ member-member yang akan bertandang ke rumah saya ler..hihihi...

Alhamdulillah, sejak dua menjak buat biz online ni, rezeki saya bertambah. Syukur.... Berkat ramai kawan. Bagus kan kalau ramai kawan.. kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, berkawan biar ramai, yang penting hati mau ikhlas... tak gitu.... Pada kawan @ member2 baru yang buat tempahan, sila bersabar ya... Pada masa yang telah dijanjikan, Insya-Allah baju anda akan siap. i love u all ler....

0 comments: